Wednesday 29 June 2011

Berkawan,Bermusuh atau BUAT BODOH dengan BEKAS KEKASIH???

Apakah tindakan kamu ketika berhadapan dengan situasi ini??Ada pendapat mengatakan:

  • "kalau dia ikhlas nk berkawan dan xungkit kisah lalu,apa salahnya terus berkawan sahaja.Jika sebaliknya berlaku lebih baik lupakan.Kalau bermusuh tu xperlu sbb sbgai manusia kita perlu saling memaafkan antara satu sama lain walaupun dia lukakan hati kita macm man truk pun."


  • "lebih elok kalau berkawan dgn bekas kekasih.Kalau bermusuh nanti, masing-masing ada yg xberpuas ati sampai nk berbalas dendam .Jadi,kosong-kosong je"
dan ada juga yg berpendapat:

  • "buat bodoh ajelah..Kalau berbaik-baik nanti asyik teringat kisah lalu.Bila dah teringat buat sakit ati je.Kalau bermain pula,takut nanti dia fikir kita masih simpan perasaan terhadap dia.Eh!!Tak naklah cam tu."



  • "Buat bodoh je. Kalau bermusuh nampak kejam sangat la pula.Jika belum berkahwin,mungkin boleh berbaik kerana tempoh berpisah boleh mengeratkan hubungan,siapa tahukan?kalau dah kawen,baik lupakan je"


"Sebenarnya bergantung pada sebab terputusnya hubungan tu.Kalau dia yang curang,nak berkawan dengan dia lagi ke???Rasanya buat BUAT BODOH lebih baik walaupun terserempak kat mana-mana.Kalau cinta putus sebab salah kedua-dua pihak,rasanya mungkin boleh berkawan dengan dia apabila jmpa kembali"

TERDAPAT 3 SEBAB MUSABAB MENGAPA KITA PERLU MENJAUHI BEKAS KEKASIH!!!

KAMU MASIH MENCINTAI SI DIA
Walaupun hubungan sudah berakhir,namun rasa cinta itu tetap ADA bukan??Tapi jika si dia telah menemui cinta baru,ada baiknya jika hubungan kamu dengan bekas kekasih dibatasi.Buka hatimu untuk menerima kehadiran insan baru.


SI DIA MASIH MEMENDAM RASA
Mungkin dia telah menemui pengganti selepas episod perpisahan itu.Tapi dalam masa yang sama,dia masih mencari rang untuk bertanya khabar dan meninggalkan pesana di FACEBOOK atau sebagainya.Mungkin juga bekas kekasih kamu terus berhubung lantas membawa kamu mengimbau kembali memori lalu.AWAS!! Jangan mudah terleka dengan kata-kata manisnya.Tetapkan pendirian dan agar tiada hati yang terguris lebih elok MENJAUHInya.


KEPERCAYAAN MAKIN TERBATAS
Sama ada kamu berada di pihak yang benar atau salah,jika timbul rasa tidak percaya,hubungan kalian mampu terjerat dalam kancah yang membinasakan.Andai si dia ada tanda-tanda yang tidak boleh dipercayai kala bercinta lebih kamu melupakannya dan menjauhinya.Kamu memerlukan teman yang boleh dipercayai apatah lagi selepas hubungan tidak menjadi.Teruskan perjalanan hidup dan carilah CINTA BARU.

No comments:

Post a Comment