Wednesday 18 January 2012

Nak Terima Tak Isteri Tiada Dara?




Antara topik yang agak best ialah seperti, Adakah Kita Akan Terima Isteri Yang Sudah Tidak Ada Dara?.  Mungkin penulisnya terlepas pandang perkara ini kerana si penulis hendak merujuk kepada wanita yang telah terlanjur, namun mungkin tidak sengaja tertulis pula tiada dara.
Bila timbul persoalan seperti ituPUTERI SALJU pasti ia bakal membuatkan ramai lelaki tersentap. Sememangnya isu ini tetap panas dari dulu lagi. Namun wujud kekeliruan dalam persoalan tersebut kerana ia terlalu umum dimana ia merujuk kepada wanita yang tiada dara. Bila disebut tentang tiada dara, secara fitrahnya perkara pertama yang akan difikirkan oleh lelaki ialah perempuan tersebut pernah melakukan “hubungan” atau terlanjur. Maka akan banyaklah lelaki memberi pendapat seperti berikut walhal ia tidak seperti yang difikirkan:
“Aku terima asalkan dia bertaubat..”
“Uish!, aku nak yang suci, aku tak pernah main perempuan, dapat pulak perempuan bekas orang..”
“Maafkan je lah dia, aku tak kisah…”




Oleh kerana persoalan yang terlalu umum, maka wanita yang tiada dara kerana bukan terlanjur juga turut terkena tempias. Walhal yang sepatutnya kita perlu ketahui ialah, bahawa dara seseorang wanita itu boleh hilang melalui dua keadaan iaitu samada melalui perhubungan kelamin ataupun disebabkan kemalangan atau ada juga kes terpencil dimana sejak lahir mereka dilahirkan tanpa selaput dara. Tetapi inilah, mentaliti lelaki dah disetkan bila sebut sahaja tiada dara, maka akan berfikir ia disebabkan melakukan hubungan kelamin, makanya mereka senang-senang memberi jawapan seperti diatas.
Kerana dalam minda mereka telah ditetapkan “tiada dara sebab terlanjur”. Ini menyebababkan wujud ketidakadilan terhadap golongan kedua tadi. Justeru, adakah ini bermakna seseorang wanita yang kehilangan dara kerana kemalangan tidak layak diberi peluang?. Makanya PUTERI SALJU pasti, jika persoalan yang betul hendak ditanya, PUTERI SALJU rasa soalan tersebut mungkin berbunyi seperti ini, Adakah Kita Akan Terima Isteri Sekiranya Dia Pernah Terlanjur?. Mungkin lebih jelas kan?.



No comments:

Post a Comment